Tuesday, 4 August 2015

06.07.2015 : INSENTIF WANG TUNAI KEPADA PENCAPAIAN TERBAIK PEPERIKSAAN



Pemberian insentif kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan adalah bertujuan untuk memberi galakan dan semangat supaya murid-murid lebih bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat. Insentif ini telah disampaikan oleh Guru Besar didalam suatu majlis Perhimpunan Sekolah. 

30.06.2015 : DIALOG PRESTASI AKADEMIK SETENGAH TAHUN 2015


Dialog prestasi Akademik setengah tahun telah di adakan pada 30 jun 2015 bertempat di bilik PKKP SK LKTP Lepar Hilir 2. Dialog ini telah disertai oleh semua guru SKLH2. Dialog ini telah dikendalikan oleh En Baharom b. Bujang, Guru besar SKLH2. Semoga Dialog yang diadakan ini dapat meningkatkan lagi prestasi Akademik Pelajar SKLH2.

05.02.2015: PROGRAM PERMUAFAKATAN PENJAGA MURID LINUS




Program permuafakatan Linus telah diadakan di SK LKTP Lepar Hilir 2, bertempat di bilik Linus. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Yusmazura. Program ini telah disertai oleh murid-murid Linus dan beserta penjaga. Program ini di sambut baik oleh masyarakat dan sekolah mendapat kerjasama yang jitu oleh ibu bapa murid linus. Tujuan program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang linus.