Tuesday, 4 August 2015

06.07.2015 : INSENTIF WANG TUNAI KEPADA PENCAPAIAN TERBAIK PEPERIKSAAN



Pemberian insentif kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan adalah bertujuan untuk memberi galakan dan semangat supaya murid-murid lebih bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat. Insentif ini telah disampaikan oleh Guru Besar didalam suatu majlis Perhimpunan Sekolah. 

30.06.2015 : DIALOG PRESTASI AKADEMIK SETENGAH TAHUN 2015


Dialog prestasi Akademik setengah tahun telah di adakan pada 30 jun 2015 bertempat di bilik PKKP SK LKTP Lepar Hilir 2. Dialog ini telah disertai oleh semua guru SKLH2. Dialog ini telah dikendalikan oleh En Baharom b. Bujang, Guru besar SKLH2. Semoga Dialog yang diadakan ini dapat meningkatkan lagi prestasi Akademik Pelajar SKLH2.

05.02.2015: PROGRAM PERMUAFAKATAN PENJAGA MURID LINUS




Program permuafakatan Linus telah diadakan di SK LKTP Lepar Hilir 2, bertempat di bilik Linus. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Yusmazura. Program ini telah disertai oleh murid-murid Linus dan beserta penjaga. Program ini di sambut baik oleh masyarakat dan sekolah mendapat kerjasama yang jitu oleh ibu bapa murid linus. Tujuan program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang linus.

Tuesday, 3 February 2015

MERENTAS DESA DI MSSD KUANTAN


    Tahniah dan syabas kepada pasukan Merentas Desa Sekolah kerana menyertai acara merentas desa peringkat daerah di SK Kempadang. Nor Aida Asmaran Telah mendapat tempat ke 8 dalam acara tersebut.

SEMINAR JATI DIRI MURID & PENJAGA TAHUN 6

    Seminar jati diri Murid dan penjaga tahun 6 telah diadakn di Dewan GPW Lepar Hilir 2 bertarikh 30 januari 2015. Semua Murid tahun 6 dan 10 orang murid tahun 5 telah mengikuti seminar tersebut. Ibu Bapa dan Penjaga juga di jemput hadir bagi bersama-sama menjayakan program seminar yang dijalankan. Ceramah ini telah di sampaikan oleh penceramah jemputan Puan Hajjah Rohani Binti Othman. Beliau telah menyampaikan Ceramah yang bertajuk "Dimanakah letaknya cinta hatiku". Majlis bersurai pada jam 10.30 Malam.

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI

Pada 30 januari 2015 bersamaan hari jumaat satu majlis penutupan minggu Transisi telah diadakan di Dewan Ibnu Sina SK LKTP Lepar Hilir 2. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Encik Baharom bin Bujang. Aktiviti yang di jalankan adalah acara sukaneka dan acara Dewan.Acara di mulakan pada jam 7.00 pagi murid berkumpul di padang, seterusnya, pukul 8.15 pagi murid mengikuti acara sukaneka, seterusnya pada pukul 9.00 pagi murid berkumpul di Dewan bagi mendengar Ucapan Penutupan Minggu Transisi oleh Pengetua dan penyampaian hadiah. Majlis bersurai pada jam 10.00 pagi

Monday, 2 February 2015

PROGRAM YASSIN BULANAN




    Program Bacaan Yassin Bulanan telah di adakan. buat pertama kali bagi tahun 2015, bertempat di  Dewan ibnu Sina Sk LKTP Lepar Hilir 2. program ini telah dihadiri oleh ibu bapa penjaga tahun 6. manakala, semua murid terlibat. Program ini telah diadakan pada hari jumaat bertarikh 30 januari 2015. Bacaan Yassin ini telah diketuai oleh Ustaz Abdul Rahim. Majlis dimulakan kira-kira jam 7.15 pagi dan tamat pada 7.40 pagi. semoga program ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua warga Sekolah.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan peringkat sekolah pada hari jumaat bertarikh 23 januari 2015 bertempat di dewan Sk LKTP Lepar Hilir 2.
Tema Maulidur rasul pada tahun ini ialah "Perpaduan nadi transformasi Negara, pada pukul 7.30 pagi murid-murid berkumpul  di tapak perhimpunan dan memulakan perarakan Maulidur rasul dari pintu pagar utama ke Dewan Ibnu Sina. Majlis diteruskan pada pukul 8.30 pagi dengan kata-kata aluan Pengerusi Majls, bacaan doa, deklamasi sajak, slot khas "sirah masirah", tayangan video dan pada jam 10.00 pagi murid berehat sebentar selama 30 minit dan selepas tamat rehat murid tahap 1 diwajibkan untuk menyertai pertandingan mewarna poster. tahap 2 pula telah menyertai pertandingan tulisan khat. tepat jam 12.00 tengahari majlis bersurai.

PENYAMPAIAN BIASISWA YAYASAN PAHANG & SUMBANGAN ALAT TULIS OLEH YB DATO MOHD SOHAIMI

Penyampaian biasiswa Yayasan Pahang dan bantuan alat tulis untuk murid tahun 1 telah di sampaikan oleh YB Dato Sohaimi bin jusuh iaitu ADUN Lepar. sumbangan ini telah di sampaikan  pada 13 januari 2015 bertempat di Dewan Ibnu Sina SK LKTP Lepar Hilir 2. Setiap Murid yang terpilih menerima sumbangan biasiswa sebanyak RM 300 setiap seorang. Manakala murid tahun 1 pula telah mnerima bantuan berupa alat tulis dan fail
 

PENUBUHAN KELAB TAEKWANDO

Kelab Taekwando buat pertama kali telah diadakan di SK LKTP Lepar HIlir 2. Kelab ini telah ditubuhkan hasil kerjasama pihak pengurusan sekolah dan sukarelawan. kelab ini diadakan pada setiap hari sabtu dan kelab ini terbuka kepada semua murid. murid yang berminat boleh menghubungi pihak sekolah untuk urusan pendaftaran ahli baru. Perjumpaan kali  pertama telah diadakan pada 14 januari 2015.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN






Bantuan Awal Persekolahan telah diadakan pada 19.01.2015. Bantuan ini telah di agihkan bertempat di Dewan Ibnu Sina SK LKTP Lepar hilir 2. Setiap Murid di SK Lepar hilir 2 telah menerima Bantuan sebanyak RM 100 ringgit seorang. diharap Bantuan Yang di berikan oleh kerajaan ini dapat meringankan beban ibu bapa menguruskan keperluan sekolah anak-anak

PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PUSAT SUMBER, AKSES &MAKMAL KOMPUTER DAN PPDA


    Pelantikan Pengawas telah di jalankan pada 19 januari 2015 bertempat di dataran perhimpunan SK LKTP Lepar Hilir 2. Seramai 21 orang Pengawas Sekolah telah di lantik, diikuti Pengawas Pusat sumber seramai 19 orang, pengawas Pusat Akses & Makmal 16 orang dan Pengawas PPDA.
Majlis ini telah di rasmikan oleh Tuan Guru Besar En Baharom bin Bujang. Setiap Pengawas yang di lantik telah diberikan sijil dan di sampaikan oleh Tuan Guru Besar. kepada Pengawas yang telah di lantik sila jalankan amanah  yang di berikan dengan baik dan jujur. 

Sunday, 25 January 2015

TAHUN 2015

Selamat datang Tahun 2015.

Selamat kembali ke sekolah murid-murid dan guru-guru..
semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..